Dengan menguasai 65.3 peratus daripada semua kategori pemenang pada majlis Anugerah Golden Bull 2024 yang terbaru, sektor perkhidmatan, termasuk bidang perniagaan  runcit dan borong, perkhidmatan profesional, teknologi informasi (IT) dan pendidikan, terus memacu pertumbuhan di kalangan PKS di Malaysia.

Sektor kedua terbaik adalah sektor pembuatan yang telah menyumbang 23.9 peratus daripada jumlah pemenang, dengan sektor pembinaan dan pertanian melengkapkan kemenangan selebihnya, dengan masing-masing 9.4 peratus dan 1.4 peratus.

Perkembangan ini selaras dengan Laporan Prestasi PKS 2023 terbaru yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, di mana sektor perkhidmatan mendahului pertumbuhan dalam kalangan PKS, dengan peningkatan 6.5 peratus dalam keluaran dalam negeri kasar (KDNK) berbanding pertumbuhan 5.0 peratus yang dicatat untuk kesemua PKS.

Tetamu kehormat majlis, Menteri Ekonomi Malaysia Rafizi Ramli, telah sudi untuk menyampaikan anugerah kepada para pemenang PKS yang datang dari pelbagai sektor dan saiz perniagaan, dari setiap negeri di pelusuk negara. 

Rafizi, dalam ucapan perasmiannya, menekankan kepentingan sumbangan PKS kepada kemantapanan ekonomi negara, dan menggalakkan para pemain PKS untuk terus fokus dalam usaha untuk meneroka pasaran internasional dan juga peningkatan produktiviti.

Program Anugerah Golden Bull pada tahun ini juga telah menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi jumlah penyertaan, dengan sebanyak 2,662 pencalonan diterima, peningkatan 15% daripada tahun sebelumnya. 

Lonjakan ini mencerminkan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap peranan penting PKS dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia, yang menyumbang 39.1% kepada KDNK negara pada tahun 2023.

“Anugerah Golden Bull tahun ini benar-benar menjadi testimoni jitu tentang kekuatan dan potensi yang ada pada PKS kita. Peningkatan penyertaan dan kualiti tinggi pencalonan mencerminkan semangat keusahawanan yang tidak goyah dan dedikasi terhadap kecemerlangan di kalangan komuniti perniagaan kita. 

“Kita menerima baik sokongan yang begitu kukuh daripada kerajaan, yang selari dengan visi kami di SAMENTA untuk memperkasakan PKS mencapai kejayaan yang lebih tinggi,” kata pengerusi penganjuran, Datuk William Ng.

Ng, yang juga merupakan presiden SAMENTA, menambah: “Kami merasa bangga untuk meraikan pencapaian perniagaan yang cemerlang ini dan berharap untuk melihat sumbangan berterusan PKS terhadap kejayaan ekonomi Malaysia. Bersama-sama, kita sedang merintis jalan untuk masa depan yang lebih cerah dan makmur.”

Anugerah Golden Bull pada tahun ini dibahagikan kepada tiga kategori: PKS Harapan, PKS Cemerlang, dan Anugerah paling berprestij, Super Golden Bull. Kategori-kategori ini dicipta untuk menilai perniagaan berdasarkan pendapatan tahunan mereka, memastikan proses penilaian yang teliti, adil dan menyeluruh untuk mengiktiraf pencapaian PKS di pelbagai peringkat pertumbuhan.

Anugerah Bull Terunggul (Distinguished Bull Award) juga ditambah sebagai kategori baharu untuk mengiktiraf pemenang Anugerah Golden Bull terdahulu yang kembali setelah mencatat kemajuan yang memberangsangkan atau meningkatkan kehadiran pasaran mereka sejak kemenangan mereka. Sebanyak 12 PKS terunggul diiktiraf atas pertumbuhan dan kejayaan mereka yang berterusan.

Baker Tilly Malaysia dilantik sebagai juruaudit rasmi untuk Anugerah Golden Bull untuk memastikan ketelusan dan integriti sepanjang proses penilaian sementara CTOS Data Systems Sdn Bhd pula menyediakan data bebas sebagai agensi pelaporan kredit rasmi.

Anugerah Golden Bull merupakan program pengiktirafan perniagaan tertua untuk PKS di rantau ini, yang merangkumi empat pasaran utama: tanah besar China, Malaysia, Singapura, dan Taiwan. Ia telah menjadi platform utama untuk meraikan kecemerlangan perniagaan di pasaran yang pelbagai ini.

Anugerah Golden Bull anjuran Business Media International dengan kerjasama Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), diadakan setiap tahun bermula dari tahun 2002.

Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Golden Bull Malaysia 2024 dan senarai penuh pemenang, sila layari https://goldenbullaward.asia 

SENARAI PEMENANG ANUGERAH GOLDEN BULL 2024 MENGIKUT URUTAN ABJAD

KATEGORI SUPER GOLDEN BULL 

  1. Berjayapak Sdn Bhd
  2. Eastern Fishing Tackle (M) Sdn Bhd
  3. Eastern Suntech Engineering & Construction Sdn Bhd
  4. Fitline (M) Sdn Bhd
  5. Green Island Feed Mills Sdn Bhd
  6. Intergreen Metals Sdn Bhd
  7. Perbena Emas Sdn Bhd
  8. Percetakan Tenaga Sdn Bhd
  9. Steel Recon Industries Sdn Bhd 
  10. Teamplete Sdn Bhd
  11. Wagro Trading Sdn Bhd
  12. Wiki Labs Sdn Bhd

KATEGORI PKS CEMERLANG (OUTSTANDING SMES) 

  1. Agensi Pekerjaan Best Choice Solutions Sdn Bhd
  2. Agensi Pekerjaan GCR Sdn Bhd
  3. Agensi Pekerjaan MCS Sdn Bhd
  4. Alientech Asia Sdn Bhd
  5. Alpha Solar Sdn Bhd
  6. An Ju Global Sdn Bhd
  7. AP Merin Services Sdn Bhd
  8. Benwoods Industry Sdn Bhd
  9. Bestmas (M) Sdn Bhd
  10. BOSS Solutions Global Sdn Bhd
  11. BREGO Life Sciences Sdn Bhd
  12. CCIE Engineering (M) Sdn Bhd
  13. CVS Medical Sdn Bhd 
  14. DN Cleaning & Services (M) Sdn Bhd
  15. Eastway Express Line Sdn Bhd
  16. ECO Interior Supplies Sdn Bhd
  17. EI Power Technologies Sdn Bhd
  18. Ekaire Marketing Sdn Bhd
  19. Engenious Solutions Sdn Bhd
  20. Focus Chemical Sdn Bhd
  21. Hin Press Sdn Bhd
  22. Hitch On Sdn Bhd
  23. Hitec Metal Sdn Bhd
  24. Hock Cheong Transport Co. (1974) Sdn Bhd
  25. Idealbuild Engineering Sdn Bhd
  26. Ideas Shoes Sdn Bhd
  27. In Grid Design Sdn Bhd
  28. Inazume SEF Sdn Bhd
  29. Infab Classic Industries Sdn Bhd 
  30. INK Marketing Sdn Bhd
  31. Intelligent Advisory Sdn Bhd
  32. IPC Industries Sdn Bhd
  33. Jia Quan (M) Sdn Bhd
  34. JR Engineering And Medical Technologies (M) Sdn Bhd 
  35. JVG Bina Sdn Bhd
  36. Kaolin (M) Sdn Bhd
  37. KMS Manufactory Sdn Bhd
  38. Kredence Creative Solutions Sdn Bhd
  39. KTL Electrical Engineering Sdn Bhd
  40. Lee Heng High Precision Engineering Sdn Bhd
  41. Light Up 7 Sdn Bhd
  42. Lin Meng Sdn Bhd
  43. Magical Logistics (M) Sdn Bhd
  44. Major Engineering Sdn Bhd
  45. Mandrill Tech Sdn Bhd
  46. Milieu Solar Sdn Bhd 
  47. MK Porridge Sdn Bhd
  48. MT Food Ingredients Sdn Bhd
  49. Murni Machinery Sdn Bhd
  50. MyKey Global Sdn Bhd
  51. Nexus Wise Sdn Bhd
  52. Octowill Trustees Berhad
  53. P & A Prospect Sdn Bhd
  54. Pan Elite Resources Sdn Bhd
  55. Ping Edge Sdn Bhd
  56. Plus Studio & Marketing Communication Sdn Bhd 
  57. Posh Northern Sdn Bhd
  58. Rack Master Industries Sdn Bhd
  59. Realux Sdn Bhd
  60. Red Rhino Security Door (M) Sdn Bhd
  61. Roda Land Sdn Bhd 
  62. Rymnet Solutions Sdn Bhd
  63. Sam Properties Realty Sdn Bhd
  64. Sentai Kitchenware Sdn Bhd 
  65. Sinsheng Tat Trading Sdn Bhd 
  66. Song Song Frozen Food Sdn Bhd
  67. SPCL Systems Sdn Bhd
  68. STI Fire Safety Sdn Bhd 
  69. Tacoplast Industries Sdn Bhd
  70. TenQ Group Sdn Bhd
  71. Tech-Latex Scientific Sdn Bhd
  72. TKC Fruits & Vegetables Sdn Bhd
  73. Union Profit Cosmetic Manufacturing Sdn Bhd
  74. Unique Travel & Convention Sdn Bhd
  75. VMG Interior Fit Out Sdn Bhd
  76. Weng Seng Fresh Sdn Bhd
  77. Worldlink Cargo Services Sdn Bhd

KATEGORI PKS HARAPAN (EMERGING SMES)

  1. 3 Day’s Furniture Sdn Bhd
  2. AG Statue Maker & Silverware Sdn Bhd
  3. Aman O2O Sdn Bhd
  4. Amelisa Pet & Co 
  5. Anton & Chen, Advocates & Solicitors
  6. Ascons Real Estate Sdn Bhd 
  7. Auntie Michelle Resources (M) Sdn Bhd
  8. Axevents Sdn Bhd
  9. Axrail Sdn Bhd 
  10. BIV Multimedia Sdn Bhd
  11. Chevin Sdn Bhd 
  12. Collaborative Excellence Sdn Bhd
  13. Corvus Techub Sdn Bhd
  14. Current Energy (M) Sdn Bhd
  15. Endless Momentum Motor Sport Sdn Bhd
  16. Esente Advisory Sdn Bhd
  17. Finex Capital Holding Sdn Bhd
  18. Global Link Plus Properties Sdn Bhd
  19. Hui Brother Restaurant (M) Sdn Bhd
  20. Imagine AI Sdn Bhd 
  21. Infinite Renco Sdn Bhd
  22. ITAC Skills Academy Sdn Bhd
  23. Kirin Industry Sdn Bhd
  24. KOA Production 
  25. Maze Global Sdn Bhd
  26. Nam Heong Restaurant Holdings Sdn Bhd
  27. ODY Infinite Holdings Sdn Bhd
  28. P & A Transport & Services Sdn Bhd
  29. Prop Wealth Sdn Bhd
  30. Qiye Technology Sdn Bhd
  31. Sky Mirror World Tour Sdn Bhd (GoMyHire)
  32. The Bomb Battle Sdn Bhd
  33. Traderpreneur Xcellence Sdn Bhd 
  34. U Plus Realty Sdn Bhd
  35. VBH Group Sdn Bhd
  36. VVinners Technology Sdn Bhd
  37. WITO Technology Sdn Bhd

ANUGERAH BULL TERUNGGUL (DISTINGUISHED BULL AWARDS)

  1. Always Marketing (M) Sdn Bhd 
  2. Aqurate Ingredients Intl (M) Sdn Bhd
  3. Ezytronic Sdn Bhd
  4. International Footwear (Penang) Sdn Bhd
  5. Kanika (Malaysia) Sdn Bhd
  6. Khean Seng Engineering Sdn Bhd
  7. Pilot Construction Sdn Bhd
  8. Seng Kong Shutter Industries Sdn Bhd
  9. Shin-Yo Engineering Sdn Bhd
  10. Sinoflex Logistics Sdn Bhd
  11. The Olive Tree Group
  12. UIS Technologies Sdn Bhd

ANUGERAH TRANSFORMASI DIGITAL 

  1. AG Statue Maker & Silverware Sdn Bhd
  2. Alpha Solar Sdn Bhd
  3. Always Marketing (M) Sdn Bhd 
  4. BIV Multimedia Sdn Bhd
  5. BOSS Solutions Global Sdn Bhd
  6. Engenious Solutions Sdn Bhd
  7. Green Island Feed Mills Sdn Bhd
  8. IPC Industries Sdn Bhd
  9. Kredence Creative Solutions Sdn Bhd
  10. Maze Global Sdn Bhd
  11. Pan Elite Resources Sdn Bhd
  12. Percetakan Tenaga Sdn Bhd
  13. Sentai Kitchenware Sdn Bhd 
  14. Teamplete Sdn Bhd
  15. Wiki Labs Sdn Bhd

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here